Content feed Comments Feed
Related Posts with Thumbnails

PRUmy Child:

  • Perlindungan Sejak Sebelum Lahir Lagi

    Prudential kini memperkenalkan PRUmy child, pelan hebat pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi berbanding dengan kebanyakan pelan konvensional yang tidak menyediakan sebarang perlindungan untuk anak semasa peringkat awal bayi.

  • PRUDENT PARTNER

    INSURAN & TAKAFUL:

  • INSTRUMEN HEDGING MODAL INSAN

    Seorang individu yang muda mempunyai lebih banyak Modal Insan berbanding Modal Wang. Ini kerana orang muda mempunyai masa yang lebih panjang untuk bekerja dan berniaga tetapi kekayaan yang dikumpulkan adalah sedikit kerana baru memulakan pekerjaan atau perniagaan.

  • PRUDENT PARTNER

    TAKAFUL HEALTH:

  • KAD PERUBATAN YANG MESTI DIMILIKI

    Kad Perubatan PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan. Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut : * Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda * Perlindungan 24 jam diseluruh dunia * Penjagaan jururawat di rumah * Rawatan dialisis buah pinggang (RM 50 RIBU SETAHUN) * Dan banyak lagi.....hubungi saya sekarang...

  • PRUDENT PARTNER

    MENGAPA PERLU TAKAFUL

  • Mengapa Perlu Skim Pengurusan Takaful Prudential BSN?

    Rahmat adalah seorang ketua keluarga berumur 30 tahun yang mempunyai seorang isteri yang bekerja dan 2 orang anaknya yang masih kecil. Bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, pendapatanya yang diperoleh setiap bulan adalah mencukupi bagi menampung perbelanjaan keluarganya malah beliau mampu menyimpan sebanyak RM 500 secara konsisten pada setiap bulan sejak 6 tahun yang lalu....

  • PRUDENT PARTNER

    PELAN TAKAFUL LINK

  • Ada Apa Dengan Takaful Link?

    Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur. Peruntukkan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual berikut...

  • PRUDENT PARTNER
    CahayaBiru.com

    SIAPA SEBENARNYA PERLUKAN INSURANS / TAKAFUL?

    Posted by Prudent Partner Wednesday, July 20, 2011

    Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukan insurans kerana insurans memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.

    GOLONGAN BANYAK DUIT

    Bagi golongan banyak duit, anda tentunya memiliki pelbagai harta dan wang simpanan. Juga memiliki pendapatan tinggi dan mampu menampung segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah.


    Tetapi, sedarkah anda? Sekiranya semalam, anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, semata-mata untuk menampung kos rawatan anda?


    Bukan saja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta. Ia mungkin tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata tempat.

    Dengan memiliki Insurans, anda tidak perlu menebus wang simpanan atau menjual harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kritikal itu juga, dapat disediakan melalui insurans/takaful.

    Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia menghadapi musibah yang melanda.

    Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memindahkan sedikit wang dari pendapatan anda kepada skim insurans/takaful supaya anda dapat melindungi harta dan insan tersayang.




    GOLONGAN KURANG DUIT

    Bagi golongan kurang duit pula, bukan sahaja gaji bulanan yang anda terima sekadar cukup-cukup sahaja, malahan anda memiliki banyak komitmen lain yang perlu ditanggung.

    Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun, anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga, bagaimana nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada?

    Bagaimana anak-anak anda hendak meneruskan kehidupan mereka? Memang mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung keperluan mereka.

    Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri, yang anda belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, hidup serba kekurangan dan disisih akibat kemiskinan yang melanda? Terpaksa bergadai bergolok untuk untuk meneruskan hidup

    Ternyata, dengan memiliki insurans/takaful, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah sahaja.

    Tidak kira sama ada anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia, tanggungjawab anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna. Cuba ubahsuai perbelanjaan sediakala, agar anda dapat menyelitkan sedikit gaji bulanan untuk caruman takaful atau insurans.

    Walupun sedikit, pampasan insurans yang diperolehi oleh keluarga nanti, begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga, akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya.

    Ternyata, dengan memiliki insurans / takaful, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah sahaja.


    untuk maklumat lanjut mengenai pelan Takaful Pru BSN sila ke halaman www.prudentpartner.com.my atau tinggalkan pesanan di Facebook saya.


    ANAK SALLEH YAACOB PERLUKAN RM 300 RIBU UNTUK RAWATAN

    Posted by Prudent Partner Sunday, August 8, 2010

    myMetro | CAK: SY tidur di hospital


    KASIHAN pula CAK dengar kisah penyampai radio popular, Salih Yaacob atau mesra disapa SY terpaksa berulang alik ke hospital hampir setiap hari, malah kadangkala terpaksa tidur di sana.

    Hampir setiap hari selepas tamat tugas di konti dia bergegas ke hospital untuk menjenguk anak kesayangannya dan sesekali tidur di sana bergilir-gilir dengan isteri untuk menjaga cahaya matanya.


    Ketika terserempak dengannya di pejabat SinarFM baru-baru ini, SY mengakui sambutan Ramadan kali ini agak suram berbanding dulu tetapi dia reda dan mengharapkan yang terbaik untuk anaknya.


    Difahamkan, anaknya pernah dimasukkan ke hospital tahun lalu dan dibenarkan keluar apabila kembali sihat. Bagaimanapun, kesihatan anaknya kembali merosot hingga terpaksa menerima rawatan pakar di hospital swasta.


    Nak dijadikan cerita, kos rawatan mencecah hampir RM300,000, manalah SY mampu. Akhirnya, anaknya dirujuk ke sebuah hospital kerajaan yang mempunyai kepakaran yang cukup.

    Terharu sungguh CAK melihat SY masih mampu bertenang biarpun dilanda dugaan seberat itu. Dia tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan mengubati anaknya.


    Diharap SY terus kekal tabah dan jangan sesekali berputus asa. CAK sentiasa mendoakan yang terbaik buat SY sekeluarga dan akan mengikuti perkembangan anaknya dari semasa ke semasa.

    Hidden dangerous ingredients in your groceries

    Posted by Prudent Partner Thursday, July 22, 2010

    Do you know which seven dangerous food ingredients to watch out for in your groceries? These are the "deadly seven," as I call them, and they can directly promote heart disease, migraines, obesity, outrageous food cravings, osteoporosis, diabetes and even birth defects.The top three most dangerous ingredients I've found in my research are:
    1. Sodium nitrite -- causes cancer, found in processed meats like hot dogs, bacon, sausage. Used to make meats appear red (a color fixer chemical).

    2. Hydrogenated oils -- causes heart disease, nutritional deficiencies, general deterioration of cellular health, and much more. Found in cookies, crackers, margarine and many "manufactured" foods. Used to make oils stay in the food, extending shelf life. Sometimes also called "plastic fat."

    3. Excitotoxins -- aspartame, monosodium glutamate and others (see below). These neurotoxic chemical additives directly harm nerve cells, over-exciting them to the point of cell death, according to Dr. Russell Blaylock. They're found in diet soda, canned soup, salad dressing, breakfast sausage and even many manufactured vegetarian foods. They're used to add flavor to over-processed, boring foods that have had the life cooked out of them.

    Want to know more about the genuine dangers posed by toxic food ingredients and additives? I'll share more with you in this email, but first let me invite you to check out the tell-all book I've written on the subject: "Grocery Warning."

    Grocery Warning exposes the truth that food companies will never admit to and the mainstream media will never print (because they receive advertising funds from food companies, of course!).

    http://www.truthpublishing.com/GroceryWarning.html

    It reveals, in shocking detail, exactly which ingredients compromise your health (and how they do it). Based on thousands of hours of research, and quotations from the top doctors, authors and nutritionists, Grocery Warning tells you the truth about foods and groceries that will empower you with life-changing information.Did you know, for example, that:

    • Feeding children hot dogs increases their risk of brain cancer by 300%?

    • Strawberry yogurt, fruit punch and other red-looking grocery products are often colored with dead, ground-up cochineal beetles? The ingredient is called "carmine," and it's made from insects. It's listed right on the label of many of your favorite foods.

    • Food companies now "hide" MSG in safe-sounding ingredients like yeast extract or torula yeast?

    • Many Florida oranges are actually dipped in an artificial orange dye in order to make them more visually appealing? It's the same dye that's been banned for use in foods because of cancer risk.

    • Girl Scout cookies are still made with hydrogenated oils that contain trans fatty acids?

    • Many so-called "healthy" or vegetarian foods also contain the very same offending ingredients as conventional groceries?

    • Eating just one serving of processed meats each day increases your risk of pancreatic cancer by 67%?

    • One artificial color additive causes behavioral disorders in children? And that 80% of children diagnosed with ADHD can be outright cured of the condition in two weeks by avoiding certain ingredients?

    • The #1 ingredient in Slim Fast meal replacement shake (powder form) is sugar?

    • Some guacamole dips don't even contain avocado? Instead, they're made with hydrogenated soybean oil and artificial colors.

    Everything I'm sharing here is absolutely true. It's all quite shocking, yes, but this is information you need to know if you want to feed yourself -- and your family -- foods that actually promote health instead of disease.

    Check out the Grocery Warning System, complete with book, audio bonus CD, reference charts, research compendium and more: http://www.truthpublishing.com/GroceryWarning.html

    Bayi Berusia 6 bulan menghidap diabetes

    Posted by Prudent Partner Tuesday, July 20, 2010

    Apa yang akan anda lakukan setelah mendapati anak anda disahkan menghidap Diabetes seawal usia 6 bulan? Mencarum untuk polisi insuran atau takaful? Maaf, anda mungkin sudah terlewat!

    KUALA LUMPUR 17 Julai - Sukar untuk dipercayai apabila bayi berusia enam bulan turut dilaporkan mengalami diabetes di negara ini.


    Mendedahkan perkara itu pada program Kem Diabesiti 1Malaysia 2010 di sini hari ini, Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Putrajaya, Dr. Fuziah Md. Zain berkata, bayi tersebut menghidap kencing manis apabila antibodi dalam badannya telah merosakkan pankreasnya yang mengeluarkan insulin hingga mengakibatkan bayi tersebut mengalami kekurangan insulin.


    "Kes yang melibatkan bayi pada usia semuda ini adalah sangat jarang berlaku kerana kebiasaannya pesakit diabetes di kalangan pesakit muda melibatkan kanak-kanak dalam lingkungan usia empat hingga enam tahun.


    "Jadi diabetes tidak mengenal usia. Sesiapa sahaja berisiko untuk menghidapinya," katanya.
    Dr. Fuziah berkata, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap diabetes adalah dari jenis 1 di mana mereka memerlukan rawatan suntikan insulin sepanjang hayat mereka.


    Mengikut statistik, antara 2006 hingga 2008 seramai 630 kanak-kanak dan remaja dikesan menghidapi diabetes di mana 80 peratus daripada mereka menghidap diabetes jenis 1 manakala 20 peratus lagi penghidap diabetes jenis 2, jelasnya.


    Beliau menerangkan bahawa diabetes jenis 2 kebiasaannya dialami oleh orang dewasa manakala kanak-kanak yang mengalaminya adalah kerana mempunyai masalah berat badan.


    Diabetes jenis 1 berlaku apabila pankreas pesakit langsung tidak boleh menghasilkan insulin, manakala bagi jenis 2, pankreas pesakit masih boleh menghasilkan insulin tetapi insulin itu tidak dapat berfungsi dengan baik.


    "Diabetes di kalangan kanak-kanak bukan hanya berpunca daripada faktor keturunan atau riwayat keluarga, pemakanan dan cara hidup, tetapi boleh juga disebabkan oleh jangkitan virus.
    "Penyakit ini tidak boleh diatasi tetapi boleh dikawal sekiranya kanak-kanak ini memiliki disiplin dan semangat yang tinggi serta mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat," kata Dr. Fuziah.


    Beliau berkata, ibu bapa, guru dan anggota masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memotivasi dan menyokong kanak-kanak yang menghidapi diabetes agar mereka tidak rasa tersisih.


    Melalui kem tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Pediatrik Hospital Putrajaya, kanak-kanak obesiti dan diabetes dikumpul untuk menjalani pelbagai aktiviti bagi meningkatkan pengetahuan mereka terhadap diabetes dan cara penjagaannya.


    Antara pesertanya ialah Muhammad Hafizuddin Abu Hasan, 15, yang terkejut apabila mengetahui dia menghidap diabetes tiga tahun lepas sedangkan dia dikatakan tidak mempunyai keluarga yang menghidapnya.


    "Masa itu saya selalu rasa pening dan cepat penat. Bila saya dibawa untuk pemeriksaan doktor, saya terkejut apabila diberitahu mengenainya," katanya yang tidak mempunyai masalah obesiti atau pemakanan.


    Muhammad Hafizuddin yang perlu mendapatkan suntikan insulin setiap hari berkata diabetes yang dialaminya tidak menghalangnya untuk terus bersukan terutama sukan bola sepak yang menjadi kegemarannya.


    Indran Kumren, 14, pula menghidap diabetes setahun yang lalu. Dia juga tidak mempunyai keturunan yang menghidap diabetes. Dia memerlukan suntikan insulin dua kali sehari.


    "Saya merasa malu pada peringkat awal. Namun kawan-kawan saya tidak pernah mengejek saya," katanya.- BERNAMA

    Shahrome sengsara kerana rokok

    Posted by Prudent Partner Saturday, June 5, 2010



    Sharome

    61 tahun lalu, lelaki ini mula mengenali rokok. Sejak berada di tingkatan dua, dia menghisap lima batang sehari. Baginya, merokok perkara biasa. Apabila melangkah ke alam pekerjaan, dia mempunyai duit sendiri dan menghisap rokok hampir 20 batang sehari.

    Pada awalnya, dia curi-curi merokok ketika berada di darjah dua dan meneruskan tabiat berkenaan sehinggalah berusia 40 tahun dengan purata 40 batang rokok sehari.

    Dengan suara serak-serak basah, lelaki ini berkongsi penderitaan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).

    Sebagai penghidap COPD, Shahrome Zainal Abidin, 69, kini menjalani kehidupan yang sangat terhad lantaran penyakit tersebut walaupun sudah lama berhenti merokok.

    Pada awalnya, dia tidak menyangka diserang COPD. Dulu, Shahrome aktif termasuk menari. Namun, semuanya berubah. Kehidupannya terbatas selepas disahkan COPD. Selain sesak nafas, dia sukar membuat kerja terutamanya yang melibatkan aktiviti naik dan turun tangga.

    Sesak nafas

    Pada 2007, Shahrome dimasukkan semula ke Institut Perubatan Respiratori (IPR). Doktor mengesahkan kahaknya berwarna hijau pekat dan terpaksa ditahan 11 hari di IPR.

    Walaupun sudah hampir 29 tahun tidak merokok, Shahrome masih terasa kesannya.

    “Saya mempunyai rutin hidup yang amat memberangsangkan. Sebelum mengetahui saya menghidap COPD, saya mampu menari dalam tempoh yang lama serta melakukan banyak kegiatan lain, tetapi apabila mula mengalami batuk dan sesak nafas, mutu kehidupan saya berubah,” jelasnya.

    Sehingga kini Shahrome masih terus mengambil ubat-ubatan walaupun sudah lama menghentikan tabiat merokok. COPD yang dihidapi menjejaskan mutu hidupnya sekali gus menyebabkan beliau sering menghabiskan masa di katil hospital untuk mendapatkan rawatan.

    Pada satu tahap, dia terpaksa menggunakan gas (inhaler) dan ubat-ubatan lain untuk mengurangkan masalah COPD.

    Kini, bukan sahaja menari, bercakap laju atau ke bilik air pun Shahrome mengalami sesak nafas.

    Pakar Perunding Perubatan Dada IPR, Datin Dr. Aziah Ahmad Mahayiddin memberitahu, ramai perokok baik lelaki mahupun wanita tidak menyedari mereka menghidap COPD dan tidak kisah sekiranya mengalami sesak nafas, tidak boleh melakukan perkara berat berterusan selain mengalami keletihan walaupun menaiki anak tangga.

    COPD menurut beliau adalah penyakit berkaitan paru-paru yang berterusan dan ia boleh menjejaskan kualiti hidup anda tanpa disedari. Langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan doktor sekiranya ada kelainan terhadap mutu kesihatan anda. Jangan ambil mudah sekiranya berasa sesak nafas kerana anda tidak tahu mengapa ia berlaku.

    Sebagai langkah pencegahan COPD, perokok seharusnya berhenti dan bagi golongan bawah umur khususnya pelajar sekolah, jangan sesekali mencuba tabiat ini.

    Penyakit ini akan menyerang sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi iaitu perokok berusia 40 tahun ke atas.

    Berhenti Merokok Sebelum Terlambat

    Posted by Prudent Partner Sunday, May 30, 2010

    Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
    adawiyah.koh@utusan.com.my


    REMAJA mudah terpengaruh dengan gejala ini apabila diajak oleh rakan-rakan. Selain itu, pembungkusan serta perisa rokok yang dikatakan semakin menarik turut menjadi faktor utama.

    MOHD YUSUF, 59 mula merokok sejak berumur 14 tahun. Dua tahun lalu, enam hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya ternyata mengubah kehidupannya. Akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) kerana tabiat merokok, Mohd Yusuf menjalani kehidupan yang sukar.

    Sejak remaja, purata rokok yang dihisap sehari ialah 15 batang. Ketika hanya keseronokan yang dirasainya. Sepanjang itu, pernah juga dia merasa sakit dada dan batuk tetapi Mohd Yusuf menganggapnya sakit biasa. Tak pernah kenal apa itu COPD, Mohd Yusuf seronok merokok. 19 hari berada di wad hospital tanpa rokok memberi galakan kepada dirinya untuk berhenti merokok. Walaupun sebelum ini harga rokok pernah ditingkatkan dan larangan anti merokok diperluaskan, Mohd Yusuf tidak pernah mahu berhenti merokok. Malah, hidupnya dirasakan tidak sempurna tanpa rokok. Itu kisah sepanjang 40 tahun dia merokok. Namun, ketika disahkan COPD, dia mula sedar tatkala mengenangkan nasib isteri dan sembilan orang anaknya. Nasihatnya kepada perokok lain, kesedaran datang dari dalam diri sendiri jika hendak berhenti merokok. Kepada remaja sama ada lelaki atau wanita, sebaiknya jangan cuba merokok. Apabila sudah gian, sukar untuk menghentikan tabiat ini.



    REMAJA mudah terpengaruh dengan gejala ini apabila diajak oleh rakan-rakan. Selain itu, pembungkusan serta perisa rokok yang dikatakan semakin menarik turut menjadi faktor utama.


    Ini adalah kisah bekas perokok yang mula merokok sejak remaja lagi. Senario ini ternyata membimbangkan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi remaja wanita yang merokok telah menunjukkan peningkatan. Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Mohd Zain, walaupun data terkini menunjukkan perokok lelaki menurun tetapi perokok wanita meningkat. Ia juga berlaku di kalangan perokok bawah umur. Data menunjukkan peningkatan perokok wanita bawah umur pada tahun 2003 ialah 4.2 peratus dan ia telah meningkat pada tahun lalu. Sebaliknya, jumlah perokok lelaki bawah umur sebanyak 36.3 peratus telah menurun pada tahun lepas.

    Laporan baru-baru ini menunjukkan terdapat tiga juta perokok di Malaysia dengan 0.2 juta daripadanya di bawah umur.

    Daripada data itu, peningkatan jumlah perokok bawah umur sejak beberapa tahun kebelakangan ini sangat membimbangkan.

    "Tabiat merokok juga sudah menyerang anak gadis di negara ini kerana mereka sangat mudah untuk melihat golongan wanita merokok di kawasan awam. Tidak terkecuali golongan wanita di lapangan profesional," ujarnya.

    Di Malaysia, jumlah perokok wanita juga semakin ketara. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.5 peratus wanita pernah merokok, 1.6 peratus masih merokok dan 0.9 peratus berjaya berhenti merokok. Di kalangan lelaki, 57.6 peratus pernah merokok, 46.4 peratus masih merokok, manakala 11 peratus berjaya berhenti merokok.

    Sejak 1998, semakin banyak negara bertegas dalam menangani perokok. Banyak negara sudah mensyaratkan semua rokok di pasaran mesti dibungkus dengan grafik komplikasi merokok, misalnya barah paru-paru dan keguguran janin.

    Di Malaysia, sejak 1 Jun 2009, semua kotak rokok di pasaran mesti mempunyai 40 peratus amaran bergambar di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang kotak.

    Hasilnya menurut Dr Zarihah, daripada kajian yang dibuat, kebanyakan perokok berasa terancam dari segi psikologi dengan kotak rokok beramaran. Daripada enam amaran bergambar (barah paru-paru, keguguran janin, kelahiran pramatang, barah mulut, barah tengkuk dan gangrene) perokok lebih memilih rokok dengan gambar beramaran 'cap kaki' (gangrene).

    Namun, ia masih kurang mendapat sambutan.

    Lebih-lebih lagi perokok di bawah umur khususnya pelajar kini mendapat wang poket yang mewah.

    Selain itu, pelbagai perisa rokok turut menggalakkan orang ramai membeli rokok. Tanpa disedari ia sebenarnya menjadi tarikan perokok wanita.

    Beliau berkata wanita di seluruh dunia menjadi ketagih kepada rokok kerana kebanyakan mereka mudah percaya dengan dakwaan iklan-iklan itu yang mendakwa kononnya amalan merokok boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.

    "Ada sesetengah iklan mendakwa dengan merokok wanita boleh mengurangkan berat badan dengan mudah, dan sesetengah kaum wanita pula tertarik dengan pembalut rokok itu sendiri. Situasi ini lebih mudah berlaku di kalangan remaja," katanya.

    Gejala merokok perlu ditangani bukan saja di kalangan pelajar wanita, malah merangkumi semua peringkat umur. Dalam membanteras tabiat merokok ini, pendidikan perlu diberi perhatian serius ketika di rumah dan sekolah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memantau setiap pergerakan dan aktiviti anak mereka supaya tidak terjebak di dalam aktiviti yang tidak sihat ini.

    "Usaha ini tidak akan berjaya jika tiada sokongan padu daripada semua pihak dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan cemerlang pada masa akan datang. Ibu bapa misalnya, perlu kenal raka-rakan anak-anak mereka." katanya.

    Kenapa remaja merokok?

    1) Diri sendiri.

    Rokok dikatakan identiti bagi seorang pelajar yang ingin dikenali sebagi seorang yang macho dan bergaya. Apakah ia benar? Sebenarnya remaja merupakan masa krisis identiti berlaku. Pada ketika ini mereka tercari-cari gaya yang sesuai dengan diri. bagi pelajar lelaki, rokok seperti satu kemestian. Manakala wanita juga sudah mengikut trend ini. Lebih-lebih lagi ramai golongan wanita bekerja yang mula terlibat dengan aktiviti merokok. Ibarat prestij diri, remaja wanita gemar melihat gaya mereka. Mereka juga percaya rokok boleh mengurangkan berat badan seperti seorang model.

    Remaja juga percaya rokok dapat menghilangkan tekanan. Sebenarnya tidak, ia sebenarnya menambah gian pelajar untuk mencubanya lagi.

    Golongan ini juga tidak perlu risau kerana poket sentiasa berisi duit. Hasilnya, mereka mudah mendapatkan rokok kerana ia dijual di mana-mana sahaja tanpa mengira amaran KKM yang melarang rokok dijual kepada golongan bawah umur.

    2) Pengaruh rakan-rakan sebaya.

    Faktor ini dikatakan yang paling banyak mempengaruhi remaja. Tanpa mengabaikan kesan rokok apabila meningkat dewasa, mereka seronok merokok bersama rakan-rakan. Ada juga yang didesak atau dicabar. Jika tidak melakukannya, mereka berasa malu kerana dikutuk.

    3) Faktor keluarga.

    Keluarga yang mempunyai masalah seperti kemiskinan atau penceraian sering menjadi faktor remaja merokok. Remaja percaya tabiat ini boleh melegakan mereka. Ada yang lebih berani, cuba mengambil dadah. Seperti dadah, mereka juga akan ketagih rokok. Bagi yang tidak berduit, remaja mula terlibat dengan gejala tidak sihat seperti lumba haram, mencuri atau meragut.

    4) Persekitaran

    Iklan dan penjualan rokok secara berleluasa turut mempengaruhi situasi ini. Seharusnya, semua premis perniagaan mematuhi undang-undang agar tidak menjual rokok kepada mereka yang di bawah umur.

    Implikasi Radang Usus

    Posted by Prudent Partner

    Oleh Dr. Tan Huck Joo


    IBS adalah gangguan fungsi usus dan bukannya struktur usus seperti ketumbuhan atau tumor.

    Penyebab IBD

    Adalah menjadi kebiasaan orang menganggap bahawa IBD disebabkan oleh apa yang kita makan kerana IBD mengakibatkan keradangan di dalam salur penghadaman. Namun begitu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa tabiat makan kita menyebabkan IBD.

    Sungguhpun penyebab IBD tidak diketahui sepenuhnya, doctor percaya bahawa IBD berlaku disebabkan sistem pertahanan badan bertindakbalas dengan tisu usus sendiri. Selain itu, faktor yang menyebabkan IBD ialah sejarah keluarga yang pernah menghidapi IBD, jangkitan, immunologik (berkenaan dengan sistem imuniti badan) dan juga faktor kesihatan fisiologikal. Apa yang mencetuskan sistem imun badan menyebabkan IBD masih belum dikenalpasti. Tabiat merokok direkodkan sebagai penyebab kepada penyakit Crohn's yang teruk.

    Tanda dan gejala

    Tanda gejala lazim adalah sakit pada bahagian abdomen dan cirit-birit. Tanda-tanda lain termasuk:

    # Cirit-birit yang mengandungi darah

    # Kehilangan selera makan

    # Penurunan berat badan

    # Keluaran lendir daripada dubur

    # Buang air besar berserta sakit atau berdarah

    # Keinginan membuang air besar yang mendesak

    # Kembung perut

    # Fistula atau penyakit di bahagian dubur. Keadaan ini biasa berlaku di mana terdapat lelehan lendir di sekeliling dubur di kalangan penghidap penyakit crohn's

    # Demam (berlaku semasa radang berlaku)

    # Perasaan letih (kurang darah merah, rasa tidak sihat secara umumnya)

    Komplikasi

    IBD boleh menyebabkan pendarahan dari ulser (penghidap ulseratif kolitis) dan menyebabkan usus tembus (atau pecah). Penghidap penyakit crohn's mungkin mengalami usus sempit (lubang usus menjadi separuh tersekat dan menyempit) disebabkan oleh keradangan.

    Penyakit radang usus mungkin boleh mempengaruhi organ lain di luar salur penghadaman, seperti pada sendi, mata, kulit dan hati. Pesakit yang banyak menggunakan ubat steroid untuk mengurangkan radang mungkin akan mendapat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan osteoporosis. Dalam jangka masa panjang IBD boleh menyebabkan penghidap berisiko tinggi mendapat kanser kolon. Penghidap memerlukan pengawasan untuk mengenal pasti tanda awal kanser kolon.

    Rawatan IBD

    Disebabkan IBD merupakan penyakit kronik, ia memerlukan pengambilan ubat berjangka panjang. Objektif utama rawatan IBD adalah untuk mengkurangkan tindak- balas keradangan yang tidak normal. Sesetengah ubatan digunakan untuk merawat keradangan yang akut dan menjadikan penyakit ini terkawal. Ubatan lain berfungsi mengurangkan kekerapan keradangan dan menjadikan keadaan IBD stabil.

    Steroids - Steroid akan diberikan kepada pesakit untuk penyakit yang aktif dan steroid hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat. Steroids membantu mengurangkan gejala IBD tetapi tidak boleh menghalang IBD menjadi aktif. Kesan sampingan steroid sekiranya diambil dalam dos yang tinggi dan dalam masa yang panjang termasuk jerawat, katarak, osteoporosis( tulang reput) dan "moon face" (wajah bengkak menjadi bentuk bundar).

    Mesalazine - Ubat ini berguna untuk mengawal IBD. Pesakit perlu mengambilnya dalam jangka masa yang panjang.Mesalazinine juga berguna semasa keradangan yang aktif.

    Immunosippression - Kumpulan ubatan ini digunakan untuk menekan sistem imun (disebabkan IBD adalah penyakit berkaitan dengan reaksi imun badan sendiri). Malangnya, ubat ini lambat tindakannya, tetapi berguna untuk membantu pesakit yang penyakitnya tidak terkawal sepenuhnya dengan penggunaan ubat masalazine. Ianya juga mengurangkan kekerapan pengambilan steroid dan ubat ini mempunyai kurang kesan sampingan jangka panjang. Akan tetatpi, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman dan pemantauan ujian darah perlu dilakukan.

    Anti-TNF agen - "Tumour necrosis factor" (TNF) adalah diperolehi dari sel darah putih dan ianya bertindak untuk memperbaiki tisu yang rosak. Inflixamab adalah anti-TNF antibodi yang telah diperakui untuk merawat penyakit crohn's dan ulser kolitis yang tahap sederhana hingga ke tahap teruk. Tetapi ubat ini agak mahal.

    Antibiotik - Mtronidazole dan ciprofloxacin adalah dua antibiotik yang digunakan untuk merawat IBD. Ubat ini berguna untuk merawat IBD yang ringan dan akut. Tetapi ubat ini tidak berkesan untuk menstabilkan penyakit IBD.

    Pembedahan - Pembedahan berpotensi penyembuhan penyakit ulser kolitis tetapi tidak berkesan untuk penyakit crohn. Pembedahan selalu disarankan untuk pesakit yang tidak tahan dengan kesan sampingan ubat dan pengambilan ubat tidak mendatangkan kesan. Doktor juga akan melakukan pembedahan terhadap penghidap ulser kolitis sekiranya terdapat tanda-tanda permulaan kanser atau telah menjadi kanser. Untuk penyakit crohn's, pembedahan adalah dianjurkan untuk pesakit yang menderita dengan komplikasi penyakit dan penyakit yang tidak bertindak-balas terhadap ubat-ubatan

    Probiotik - Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan probiotik sebagai terapi ajuvan untuk menstabilkan penyakit dan mengurangkan radang ulser kolitis yang ringan hingga radang yang sederhana. Ia boleh menstabilkan remisi yang berlaku di pouchitis (selalunya berlaku selepas pesakit menjalani pembedahan ulser kolitis).

    Tip untuk pesakit yang hidup dengan IBD

    Organisasi Gastroenteologi Dunia menyarankan petua ini untuk penghidap IBD:

    1. Belajar tentang IBD dan tanda gejalanya.

    2. Ingat bahawa setiap penghidap IBD adalah berbeza.

    3. Cari seseorang yang boleh berkongsi dan mendengar masalah anda dan juga dapat bersimpati terhadap penyakit yang anda tanggung.

    4. Makan secara seimbang.

    5. Jangan melakukan aktiviti berlebihan yang diri anda tidak mampu melakukan.

    6. Tanyakan pemberi perkhidmatan kesihatan anda tentang ubat yang anda makan, apakah kesan sampingannya dan berapa lama jangka masa penggunaannya.






    PrumyChild depan

    PrumyChild muka 2

    Prudential kini memperkenalkan PRUmy child, pelan hebat pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi berbanding dengan kebanyakan pelan konvensional yang tidak menyediakan sebarang perlindungan untuk anak semasa peringkat awal bayi. Selain itu, keabnormalan kongenital mungkin tidak dilindungi di bawah pelan juvenile biasa. Dengan PRUmy child, ibu bapa kini boleh yakin bahawa bayi mereka akan dilindungi sepenuhnya sejak sebelum lahir lagi!

    PRUmy child memberikan anda kawalan dan kefleksibelan untuk mereka pelan yang lengkap untuk anak anda. Menawarkan pilihan manfaat perlindungan yang tiada tandingannya yang meliputi manfaat kesihatan, kemasukan ke hospital, kemalangan dan penyakit kritikal, anda boleh yakin bahawa masa depan anak anda terjamin.

    ____________________________________________________________________

    Bertujuan untuk memberi anda ketenangan fikiran dalam hal keperluan anak anda, manfaat baru PRUearly start dan PRUbest start (klik sini pruearly_start_and_prubest_start_.pdf) di bawah pelan ini menawarkan anak anda perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi di bawah Manfaat Penjagaan Kehamilan dan Manfaat Penjagaan Anak.



    www.prudentpartner.com.my
    PrumyChild muka 3

    Carta PMC
    Penyakit konginetal yang dilindungi di bawah :

    PRUearly start


    • Atresia Anal


    PRUbest start

    • Atresia Anal



    • Transposisi Pembuluh Utama

    • Trunkus Arteriosus


    • Kecacatan Septum Ventrikular



    Anda boleh menjamin kesejahteraan anak anda dengan PRUessential child baru yang menawarkan perlindungan untuk penyakit tertentu anak seperti


    www.prudentpartner.com.my
    Prumychild muka 4



    Khidmat rundingan dan sebut harga adalah percuma. Sebut harga akan dikemukakan kepada anda melalui email. Hanya emailkan butir-butir berikut ke email prudentpartner@gmail.com
    Nama Ibu & Tarikh Lahir Ibu yang mengandung
    1. Pekerjaan ibu yang mengandung
    2. Ibu merokok atau tidak
    3. Lokasi
    4. Umur Janin (Dalam kiraan minggu) KLIK SINI UNTUK PENGIRAAN UMUR JANIN
    5. Nyatakan tarikh bersalin / kelahiran yang dijangkakan
    6. Anggaran budget ( nyatakan antara RM 100 dan ke atas)
    prumychild_bm.pdf

    Untuk maklumat lanjut, sila
    hubungi saya di 017-7041 999 (Muhammad Adli Abdul Aziz) atau email: prudentpartner@gmail.com

    www.prudentpartner.com.my

    Malang Tidak Berbau : Bayi Mati Tercekik Bebola Ikan

    Posted by Prudent Partner Wednesday, April 14, 2010



    WAN ARIF FADHLA membawa jenazah bayi lelakinya yang meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan di Taman Asuhan Kanak-Kanak, Jalan Cantik, Tampin semalam.


    TAMPIN 14 April - Seorang bapa tidak menyangka keadaan bayi lelakinya berusia sembilan bulan yang ceria pada pagi ini sebenarnya merupakan detik perpisahan dia dengan anaknya itu.

    Kali terakhir Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, menyaksikan keceriaan anaknya, Wan Nur Alif, adalah semasa menghantarnya ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Jalan Cantik dekat sini pada pukul 7.30 pagi ini.

    Namun tiga jam selepas itu, bayinya, Wan Nur Alif disahkan meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan.

    "Saya rasa baru saja tinggalkan dia (Wan Nur Alif). Tak sangka pula, pukul 10.30 pagi dia dah meninggal dunia. Kejadian berlaku ketika dia sedang makan bersama kanak-kanak lain antara pukul 9 dan 10.30 pagi.

    "Tiba-tiba dia terjatuh dan tubuhnya bertukar menjadi lebam," katanya ketika dihubungi sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu, bersama jenazah Wan Nur Alif untuk dikebumikan.

    Wan Arif Fadhla yang merupakan kakitangan di Jabatan Penerangan Daerah Rembau berkata, pihak pengasuh membawa anaknya itu ke Hospital Tampin yang jaraknya hanya 50 meter dari tempat kejadian.

    Tambahnya, anaknya kemudian disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

    Jelasnya, dia telah dihubungi oleh isterinya, Nur Azita Ibrahim, 31, pada pukul 11.15 pagi tadi yang ketika itu sedang mengajar di sebuah sekolah di bandar ini.

    "Dia memaklumkan anak saya berada di Hospital Tampin dan seluruh badannya sudah bertukar kebiru-biruan.

    "Bila saya tiba di hospital, mereka memberitahu anak saya itu telah meninggal dunia kerana tidak boleh bernafas akibat tercekik bebola ikan," katanya.

    Wan Arif Fadhla kesal dengan kecuaian pihak pengasuh yang menyediakan sarapan bercampur bebola ikan kepada bayi yang tidak mampu untuk mengunyah.

    Berikutan itu Wan Arif Fadhla telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin kira-kira pukul 12 tengah hari.

    "Saya membawa jenazah anak ke kampung isteri untuk dikebumikan lewat petang ini," katanya dalam nada sedih.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Hooi Cheng mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

    "Kita telah menerima laporan yang dibuat oleh ibu dan bapa bayi malang itu dan pihak polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

    "Kita telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha taska terbabit untuk memberi keterangan," ujarnya.



    ---------------------------------------------------------------------------------------------

    Dapatkan pelan perlindungan Takafulink Prudential BSN untuk anak anda sekarang. Analisa keperluan dan khidmat runding adalah PERCUMA. Hanya perlu isikan borang di bawah dan anda akan dihubungi dalam masa 2 hari waktu bekerja. Hubungi saya di 017-7041999 (Muhammad Adli Abdul Aziz) atau email :prudentpartner@gmail.com untuk maklumat lanjut.



    Nama Anda
    Jantina


    Tarikh Lahir

    Merokok atau Tidak


    Pekerjaan

    Alamat Email

    No Telefon

    Lain-lain Maklumat & Pertanyaan
    Image Verification
    captcha
    Please enter the text from the image:
    [ Refresh Image ] [ What's This? ]



    Ingin mengetahui tentang pelan perlindungan dan pendidikan untuk anak anda? klik sini untuk maklumat lanjut: Takafulink Cerdik

    AKAN DATANG : PRUmy Child

    Posted by Prudent Partner Tuesday, February 23, 2010

    Berita baik buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan bakal bergelar ibu.

    Dengan PRUmy Child, anda akan menikmati ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa harapan, impian dan semua hajat yang anda letakan kepada si comel adalah dilindungi.

    PRUmy Child merupakan Pelan Pertama seupamanya yang memberikan perlindungan semasa tempoh kehamilan dan di awal kelahiran.



    # Ia memberi perlindungan pada setiap peringkat hayat anak anda sejak dari dalam kandungan lagi.

    # Memberi perlindungan tambahan kepada ibu bapa bagi memastikan si anak menikmati perlindungan dan manfaat yang kukuh apabila berlaku mala petaka kepada kedua ibu bapa.

    # Mempunyai pelan simpanan bagi tabung pendidikan anak.

    Akan Datang! nantikan di Prudent Partner : Your Wealth Center

    Insuran & Takaful : Satu Instrumen Lindung Nilai (Hedging) Ke Atas Modal Insan.

    Posted by Prudent Partner Friday, February 5, 2010








    Artikel Oleh: Muhammad Adli bin Abdul Aziz (prudentpartner.blogspot.com) - Februari 2010

    1. Daripada perspektif "Balance Sheet" akaun peribadi seseorang, kekayaan seseorang individu itu diukur pada dua bahagian iaitu :--- Modal Wang dan Modal Insan. Modal Insan diistilahkan sebagai nilai semasa bagi pendapatan yang akan dijana melalui tenaga kudrat & daya usaha individu pada masa hadapan. Sungguhpun Modal Insan bukanlah suatu yang boleh didapati dengan cara perdagangan seperti Modal Wang dan Modal Aset, ia sebenarnya adalah satu-satunya aset tunggal yang mempunyai nilai yang tinggi semasa seorang individu itu masih muda.

    2. Seorang individu yang muda mempunyai lebih banyak Modal Insan berbanding Modal Wang. Ini kerana orang muda mempunyai masa yang lebih panjang untuk bekerja dan berniaga tetapi kekayaan yang dikumpulkan adalah sedikit kerana baru memulakan pekerjaan dan perniagaan. Dan orang muda juga adalah golongan yang paling ramai berhutang dengan bank.(Baru dapat kerja sudah ada rancangan mahu beli kereta, pembiayaan peribadi, beli rumah, pembiayaan perniagaan dan lain-lain.)

    3. Sebaliknya seorang individu berumur mempunyai lebih banyak sumber atau Modal Wang. Semasa usia muda mereka telah bertungkus lumus mengumpul wang dan kekayaan. Hutang telah berjaya diselesaikan atau dikurangkan. Namun golongan ini mempunyai masa bekerja serta tenaga dan kudrat yang semakin menyusut.

    4. Berikut adalah geraf Modal Wang dan Modal Insan bagi individu yang bekerja mulai umur 25 tahun hingga 65 tahun.

    Photobucket

    5. Sewaktu usia muda, Modal Insan yang dimiliki oleh setiap individu adalah jauh melebihi Modal Wang. Di dalam proses peningkatan usia, Modal Insan yang dimiliki telah digunakan sebaik mungkin bagi proses penukaran(bekerja, berfikir, berniaga) kepada Modal Wang. Maka Modal Wang (simpanan bank, KWSP, Amanah Saham bertambah dan semakin meningkat seiring dengan peningkatan usia).

    6. Satu aspek yang unik dan perlu diberi perhatian pada Modal Insan ialah risiko mortaliti -- iaitu satu keadaan kehilangan Modal Insan apabila berlaku kematian. Insuran telah lama digunakan sebagai hedging (instrument lindung nilai) ke atas risiko mortaliti. Semakin tinggi nilai Modal Insan itu, maka semakin tinggi keperluan untuk memiliki insuran hayat dan takaful bagi perlindungan individu dan keluarga.



    7. Tetapi malangnya, ramai yang tidak menyedari hakikat ini kerana tersalah tafsir. Alasan seperti umur masih muda dan tidak mempunyai sebarang tanggungan hutang, masih bujang; sering digunakan sebagai alasan untuk mengelak daripada mengambil pelan insuran atau takaful Alasan ini tidak relevan sama sekali!

    8. Bayangkan seorang individu yang baru memulakan pekerjaan telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sehingga lumpuh kekal. Bukankah ia memerlukan wang bagi kos penjagaan dan rawatan sepanjang hayat? Adakah wang simpanannya sudah mencukupi? Berapa banyak simpanan yang ada di KWSP? Ada SOCSO? Siapakah yang akan menanggung beban? Ya! Sudah pasti Ibu bapa, isteri atau keluarga yang terpaksa menanggung beban! Itu pun jika ibu-bapa, isteri atau suami dan keluarga berkemampuan. Kalau tidak mampu bagaimana? Ada satu alternatif.... Program Bersamamu TV3 dengan tajaan Syarikat Beras Faizah!


    9. Majoriti individu yang masih muda dan baru memulakan pekerjaan sememangnya memerlukan insuran atau takaful hayat. Ini kerana orang muda pada zaman kini mempunyai nilai Modal Insan yang tinggi (berpelajaran tinggi, bermotivasi tinggi, energetik, kreatif, responsif, bercita-cita tinggi) dan dalam masa yang sama belum cukup menyimpan dan mengumpul kekayaan (baru bekerja).

    10. Orang muda amat aktif dan kuat kemahuannya, terutama mereka yang tinggal di kawasan bandar. Orang muda yang tinggal di bandarlah yang lebih banyak terdedah kepada risiko mortaliti akibat kemalangan jalanraya dan penyakit berjangkit seperti Denggi & H1N1.



    11. INGAT! Belilah polisi insuran atau takaful sebagai instrumen lindung nilai ke atas Modal Insan diri masing-masing, terutamanya mereka yang masih muda. Sekiranya berlaku petaka kepada diri sehingga menyebabkan kematian atau lumpuh kekal, polisi insuran & takaful akan membantu meringankan beban waris yang ditinggalkan (waris juga boleh menjadi kaya raya sekelip mata jika polisi insuran atau takaful yang diambil adalah besar nilainya).


    12. Kepada mereka yang kaya dan mempunyai wang yang lebih harus mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk terus menyimpan sahaja di bank atau membeli unit amanah saham dan saham sebagai langkah berjaga-jaga. Harta dan wang yang banyak akan habis jua jika anda sakit dan tidak mampu bekerja. Untuk mendapatkan rawatan pakar yang terbaik bukannya murah dan memerlukan kos yang tinggi. Lebih baik anda memindahkan risiko bebanan kewangan melalui polisi insurans atau takaful daripada anda membayar sendiri kos rawatan perubatan sehingga menjejaskan simpanan wang.

    "RISIKO ITU HANYA ADA APABILA KITA TIDAK TAHU APA YANG AKAN
    BERLAKU
    " -zamsaham




    13. Adakah anda tahu dan boleh menjangkakan apa yang akan berlaku ke atas kesihatan dan keselamatan diri anda pada masa hadapan? Maka sediakanlah payung sebelum hujan!

    Renung-renungkan dan selamat beramal.........
    ----------------------------------------------------------------------------------------------------

    INFO

    Tahukah anda bahawa Pelan Takafulink Prudential BSN boleh mengelakkan wang simpanan anda daripada terjejas sekiranya sakit dan tidak mampu bekerja? Pelan Takafulink Prudential BSN adalah pilihan yang tepat bagi anda kerana ia menyediakan banyak manfaat dalam 1 akaun meliputi manfaat Kemalangan Peribadi (PA), Kad Perubatan (Takaful Health), Pampasan Penyakit Kritikal, Elaun Hospital & Pembedahan, Simpanan & Pelaburan (Takaful Saver), Pendapatan Tahunan, Khairat Kematian dan Hilang Upaya Kekal.


    Dapatkan pelan perlindungan Takafulink Prudential BSN sekarang. Analisa keperluan dan khidmat runding adalah PERCUMA. Hanya perlu isikan borang di bawah dan anda akan dihubungi dalam masa 2 hari waktu bekerja. Hubungi saya di 017-7041999 (Muhammad Adli Abdul Aziz) atau email :prudentpartner@gmail.com untuk maklumat lanjut.



    Nama Anda
    Jantina


    Tarikh Lahir

    Merokok atau Tidak


    Pekerjaan

    Alamat Email

    No Telefon

    Lain-lain Maklumat & Pertanyaan
    Image Verification
    captcha
    Please enter the text from the image:
    [ Refresh Image ] [ What's This? ]



    Kita Bukan Perdana Menteri

    Posted by Prudent Partner Tuesday, January 19, 2010



    Kita bukan perdana menteri atau isteri PM....
    Kalau kita perdana menteri atau isteri PM, kita tak perlu takut sbb semua free,
    sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi kanser di L.A US,
    Ratus - ratus ribu, high class facilities,
    Kerajaan tanggung in and out,
    buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,


    Kita bukan Azean Irdawati,
    Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
    Ye la kanser tak pilih bulu,
    Pun tak cukup duit rawat kanser,
    Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro, Utusan dan macam2 mintak derma,
    masuk TV3 mintak ringankan beban,
    mcm2 persatuan bagi derma,
    Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ?
    RM 90 000 bukan senang nak cari,
    Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
    setahun 3 filem dah RM 180 000, banyak gaji Pn Azean ni,
    Tak masuk drama dan iklan,
    Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi.....
    Gaji you + husband ada RM 180 000 setahun ? RM 100 000 ?
    RM 30000 ? alahai sedihnyer....

    Kanser tak pilih bulu,
    hari ni sihat bulan depan tengok2 kanser dah stage 3,
    14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
    1 dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ????
    bila giliran kiter agaknyer ??
    Hospital kerajaan yang macam pasar basah tu boleh setel cepat ker?
    Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
    Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding....
    Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,sedangkan doktor kerajaan pun byk yg amik insuran..
    Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan,
    mcm mana nak cepat sbb kita bukan perdana menteri atau isteri PM....
    nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
    hospital swasta paham2 lah, bisnes tetap bisnes,
    RM 20 000, buat kimo sajer, satu cycle jer,
    tak masuk rawatan yang lain,
    Bila dah kena, ada yang bergadai rumah, ada yang bergadai tanah,
    Kos rawatan + kos sara hidup ( dah sakit tak bleh p kerja dah...)
    Boleh cecah RM 100 ribu..ada yang lebih..
    Kalau duit rawatan + duit sara hidup + kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?
    Simpan RM 200 sebulan di ASB pun 10 tahun belum cukup RM 100 000..
    Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 500 000,
    Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik Modal + Investment...
    Ni pun tak boleh paham ker ?

    Setengah orang kedekut..
    kalau tak kedekut mungkin tak paham,
    beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaye,
    beli emas Ribu - ribu sanggup,
    Labur dalam skim Cepat Kaya, MLM, Swiss Cash ribu-riban takper,
    Kononnya boleh gandakan duit dengan cepat,
    tapi nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal,
    sedangkan benda ni wajib + penting,
    dana kecemasan la katakan,
    kalau ada RM 500 000 dalam bank hari ni takper,
    tapi kalu ada kecemasan RM 500 000 kena guna, habis lah duit you,
    kene kumpul balik, kan ker baik kalau orang lain bagi RM 500 000 utk kecemasan,

    Mahal ?
    RM 200 mahal? RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????
    Orang Cina bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda,
    Orang Melayu bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja,
    Orang Cina bila dapat 1st gaji, diorang pikir Investment, pikir Insurance,
    Orang Melayu bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta aper, sport rim 17 inci wajib,
    Perancang kewangan kater utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan,
    Gaji RM 2500/sebulan patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan, Wira second ok la../kenari second ker..utk permulaan.....
    Tapi ramai tak ikut..gaji RM 2500, beli kereta Honda City RM 600/sebulan.....24% dah tuh..
    Perancang kewangan kater, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan, 40 % utk investment, dana persaraan, insurance,
    Orang melayu 99% gaji utk hutang + belanja sara hidup...1 % utk simpanan...
    Beraper kerat jer orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerjer,
    Bila orang suruh beli takaful / insurance.....mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......
    pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua....

    Orang Kerajaan berlagak,
    Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
    Betul tu,
    Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm maner,
    Kita bukan Perdana Menteri atau Isteri PM,
    Bukan juga adik Menteri,
    Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan, US lagi tuh,
    Pegawai jabatan jer ? clerk jer ? Pegawai sains jer ?
    Ketua Jabatan ? Pensyarah ? Ok la skit dengar bunyik nyer,
    OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni,
    OK tunggu result 2 minggu,
    OK kena tunggu giliran buat pembedahan, mungkin 3 bulan lagi,
    Senarai list 10 muka surat, tahun depan pun ada nak dapat giliran,
    mintak maaf cakap, inilah realiti......

    Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
    Konon - konon Multi Nasional Company...
    Majikan Cover la katakan...
    Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ?
    8 bulan kena kanser tak p kerja Majikan nak cover lagi ker beb ????
    pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah...
    86% warge tua melayu sekarang tiada coverage insurance..
    golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an...tengah kuat kerja mcm kita,
    tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang melayu, haram...
    sekarang ada satu pilihan jer lah...hospital kerajaan...
    kalau nak ke hospital swasta...kena cari dana sendiri...
    EPF ? untuk persaraan pun tak cukup ini kan pula nak tanggung medical...
    Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia,
    Tapi sampai bila ?
    Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia,
    Bisnes is bisnes, bukan badan kebajikan atau walfare...
    kalau kos operasi dah mahal...pegi tempat lain la jwbnyer..
    nak beli takaful masa umur 55? Besar belanjer nyer beb..itu pun kalau layak...
    Majikan paling besar dalam Malaysia adalah Kerajaan Malaysia,
    Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..tak bungkus...
    walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..takper...Majoriti mudah dalam tangan...
    Alahhhh...kalu PAS ker PKR ker perintah Malaysia pun, kerajaan tetap jalan mcm biasa...
    Kerja Kilang besar mana pun, risiko nak bungkus tetap ada,
    US dah meleset, Kilang US kat Malaysia ni byk dalam bahaya...
    Kat Malaysia pun operator kilang Melayu dah sikit,,,berlambak Bangla, Vietnam , Nepal...murah...
    Sikit hari lagi, depa pakat - pakat pindah Operasi p Bangla...
    Hampa ternganga....
    Tu pun masih tak sedar diri lagi......

    Yang ada kelulusan tinggi siap title Dr, Ir, Engineer, Professor pun ada yg degil,
    Maklumlah title Dr, Ir, Engineer, Professor.. diorang pikir diaorang lebih advanced,
    Bila promote skim takaful / insuran, diorang kata takper, saya ada pelan saya sendiri,lebih suka simpan sendiri, tak percaya dengan syarikat insuran.. siap ada yang tunjukkan lagi pelan diorang kat ejen, katanya inilah pelan kontigensi saya bila kecemasan nanti..... pergh.. dia dah jadi macam syarikat insurans..... Bro, buat apa pening kepala dok pikir nak jadi syarikat insurans... bila ada yang terkena jatuh sakit kena kanser atau accident dan duit dah abis beribu-ribu,time tu lah baru nak beli insurans.. confirm kena reject punye... baru diorang tahu yang diaorang dulu sebenarnya bodoh sombong...

    IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser,
    Hospital Kerajaan nih,
    Hospital Swasta n Kerajaan kadang2 akan refer sini,
    Sini ada golongan yg tak perlu bayar, atau bayar seminimum yg mungkin,
    ada yang kena bayar 100%..bagi yag ada coverage insurance, atau TOKEY KILANG,
    boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?
    Cukup la loan rumah loan kereta dah beban dah.....
    Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah....
    Second group kena bayar skit....skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ? tengok kes ler...
    So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group ??
    Husband kerja, wife kerja...boleh bayar bulan - bulan aper ....

    Ibarat guna Kad kredit ler,
    Kad kredit Visa Jammed, Gunerlah pulak Kad Mastercard,
    (Mana2 yg pakai kad kredit, stop dan tukar pada Kad Debit plak...)
    Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
    Jahanam satu tayar, ada lagi satu tyre spare..
    Sama juga kes you,
    Mana boleh dapat rawatan kerajaan, pergi la takda masalah,
    Tapi bila lambat dan waiting list panjang, pegi la hospital swasta nak cepat...( dengan coverage insuranse la yer...)

    Kanser bila dah kena, keluarga merana,
    isteri kena kanser suami merana,
    suami kena kanser isteri merana,
    kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer,
    Kesian anak2...
    Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..wau RM 5000,
    satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..
    dah la tak cukup...nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
    kalau takdak insurans.....masuk paper ler mintak derma..
    tanggung sakit memang perit,
    takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,
    Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer,
    Kalau dah sampai ajal, pergi jua...
    Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik,
    Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
    sbb lambat dapat rawatan...why lambat ? tak der duit.....

    Suami-suami yang menyayangi isteri...
    Isteri - isteri yang menyayangi suami..
    Lepas baca nukilan nih, bincang - bincanglah sesama sendiri,
    Suami belikan takaful untuk isteri...
    Takkan isteri nak beli untuk suami..
    apa2 pun bolehlah...#:-S

    Nasihat saya,
    Takaful / Insurans hanya boleh dibeli dengan kesihatan,
    You mampu bayar RM 500 sebulan pun, bila dah sakit, orang tak pandang dah,
    Nukilan ni bukan nak perli saper2,
    Just nak bukak minda jer,
    mintak maaf kalau ada yang teraser,
    Sementara sihat, eloklah beringat...
    Bila dah sakit......Wallahulalam....
    Ingat.....Kita bukan Perdana Menteri...hatta Menteri sekali pun.....

    prudentpartner.blogspot.com


    Sumber :
    Majlis Kanser Malaysia MAKNA
    www.makna.org.my

    Soalan-Soalan Yang Biasa Ditanya - F.A.Q

    Posted by Prudent Partner Saturday, January 16, 2010


    Berikut adalah soalan-soalan yang biasa ditanya mengenai Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PruBSN Takaful.


    1. Apa dia Takafulink?


    Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.

    -Perlindungan
    -Simpanan
    -Perubatan

    Ketiga-tiga komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih (disebabkan ada elemen pelaburan).

    Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance), atas dana-dana yang anda pilih.

    Terdapat 3 dana utama
    - Dana Ekuiti
    - Dana Urus
    - Dana Aman

    Antara ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi. Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Aman.

    Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.

    2. Apa dia Takafulink Cerdik?

    Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan takafulink dari segi manfaat, akan tetapi polisi ini khusus untuk simpanan pelajaran anak pada masa akan datang. Perbezaan utama dalam polisi ini adalah, caruman percuma sekiranya pembayar (penjaga atau parent) mengidap penyakit kritikal, mati atau lumpuh kekal keseluruhan. Jadi, sama ada pembayar ada atau tiada, simpanan untuk anak tetap ada.

    Manfaat lain sama dengan Takafulink.

    3. Bagaimana cara hendak keluarkan nilai tunai yang ada dalam polisi?

    Apabila nilai tunai telah mencecah RM 4,000, lebihan selepas RM 4,000 itu boleh dikeluarkan. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.

    4. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?

    Pulangan tidak dijamin disebabkan ianya dilaburkan ke Dana Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa.

    5. Berapa tempoh matang untuk Takafulink dan Takafulink Cerdik?

    Takafulink matang sehingga umur 80 tahun dan Takafulink Cerdik sehingga umur 25 tahun.

    6. Apa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Takafulink?

    Salinan IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit card.

    7. Apakah cara yang ditawarkan bagi pembayaran caruman bulanan?

    - Credit Card
    - Autodebit Bank
    - Arahan tetap (Standing Instruction)
    - Biro Angkasa

    Sekiranya terdapat soalan yang tiada dalam senarai FAQ ini, anda boleh emailkan soalan tersebut ke prudentpartner@gmail.com.

    Alangkah pilunya...

    Prumy Child

    Dapatkan Analisa Takaful PERCUMA!!

    Nama Penuh:
    Tarikh Lahir :
    Adakah anda seorang perokok? YA
    TIDAK
    Pekerjaan & Jawatan:
    Jantina : Lelaki
    Perempuan
    Alamat Email:
    Nombor Telefon :
    Lain-lain Maklumat / Pertanyaan :

    This form powered by prudentpartner

    Mengenai Prudent Partner

    Singgahlah Selalu

    Sembang-Sembang Prudent Partner

    FEEDJIT Live Traffic Feed

    Followers

    Blogger Malaysia

    BlogMalaysia.com