Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukan insurans kerana insurans memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.
GOLONGAN BANYAK DUIT
Bagi golongan banyak duit, anda tentunya memiliki pelbagai harta dan wang simpanan. Juga memiliki pendapatan tinggi dan mampu menampung segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah.
Tetapi, sedarkah anda? Sekiranya semalam, anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, semata-mata untuk menampung kos rawatan anda?
Bukan saja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta. Ia mungkin tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata tempat.
Dengan memiliki Insurans, anda tidak perlu menebus wang simpanan atau menjual harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kritikal itu juga, dapat disediakan melalui insurans/takaful.
Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia menghadapi musibah yang melanda.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memindahkan sedikit wang dari pendapatan anda kepada skim insurans/takaful supaya anda dapat melindungi harta dan insan tersayang.
GOLONGAN KURANG DUIT
Bagi golongan kurang duit pula, bukan sahaja gaji bulanan yang anda terima sekadar cukup-cukup sahaja, malahan anda memiliki banyak komitmen lain yang perlu ditanggung.
Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun, anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga, bagaimana nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada?
Bagaimana anak-anak anda hendak meneruskan kehidupan mereka? Memang mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung keperluan mereka.
Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri, yang anda belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, hidup serba kekurangan dan disisih akibat kemiskinan yang melanda? Terpaksa bergadai bergolok untuk untuk meneruskan hidup
Ternyata, dengan memiliki insurans/takaful, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah sahaja.
Tidak kira sama ada anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia, tanggungjawab anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna. Cuba ubahsuai perbelanjaan sediakala, agar anda dapat menyelitkan sedikit gaji bulanan untuk caruman takaful atau insurans.
Walupun sedikit, pampasan insurans yang diperolehi oleh keluarga nanti, begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga, akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya.
Ternyata, dengan memiliki insurans / takaful, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah sahaja.
untuk maklumat lanjut mengenai pelan Takaful Pru BSN sila ke halaman www.prudentpartner.com.my atau tinggalkan pesanan di Facebook saya.
0 comments