Content feed Comments Feed
Related Posts with Thumbnails

MENGAPA ANDA PERLU MENYERTAI SKIM PENGURUSAN RISIKO TAKAFUL

Posted by Prudent Partner Saturday, January 2, 2010

Rahmat adalah seorang ketua keluarga berumur 30 tahun yang mempunyai t isteri yang bekerja dan 2 orang anaknya yang masih kecil. Bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, pendapatanya yang diperoleh setiap bulan adalah mencukupi bagi menampung perbelanjaan keluarganya malah beliau mampu menyimpan sebanyak RM 500 secara konsisten pada setiap bulan sejak 6 tahun yang lalu.

Tidak dinafikan bahawa beliau memang seorang yang kuat menyimpan. Pada perkiraan Rahmat, simpanan yang dibuat itu adalah sebagai langkah persediaan sekiranya beliau dan ahli keluarga ditimpa sakit atau kemalangan. Setelah lima tahun menyimpan, kini rahmat mempunya simpanan di ASB sebanyak RM 40, 000 dan simpanan KWSP sebanyak 75,000. Rahmat tidak menyertai Skim Pampasan Pekerjaa (SOCSO) dan tidak juga mempunyai perlindungan insuran atau takaful kerana beliau berasa lebih selesa dan lebih yakin dengan cara menyimpan sendiri.

Kemalangan

Malang tidak berbau, pada suatu hari semasa dalam perjalanan ketempat kerja, Rahmat telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori. Ahli keluarga dan sanak saudara berasa bersyukur kerana Rahmat masih lagi hidup walaupun keretanya remuk teruk. Rahmat telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selama 3 minggu. Tapi sayangnya rahmat telah lumpuh sepenuhnya dari paras pinggang ke bawah.

Wad ICU

Sungguhpun begitu, doktor memberitahu bahawa rahmat masih mempunyai peluang untuk sembuh, tetapi perlu menjalani pembedahan, Itu pun peluang untuk sembuh adalah 50 peratus. Kos pembedahan adalah sebanyak RM25,000.

Akhirnya rahmat menjalani pembedahan dengan menggunakan wang simpanannya. Rahmat juga perlu membayar sebanyak RM 10000 bagi kos rawatan yang diterima sepanjang tempoh menduduki wad Hospital selama 2 bulan. Rahmat telah diberikan cuti sakit tidak boleh bekerja selama 180 hari. Setelah setahun menjalani pembedahan, kesihatan Rahmat telah pulih sepenuhnya dan sudah mula bekerja. Rahmat juga telah membelanjakan wang sebanyak RM 2500.00 setiap bulan bagi perbelanjaan ubatan-ubatan. Ini bermakna dalam tempoh setahun, Rahmat telah membelanjakan kos bagi ubatan-ubatan sahaja sebanyak RM 30,000.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi menampung kos pembedahan dan rawatan serta ubat-ubatan dalam tempoh setahun adalah sebanyak RM 25,000 + RM 10,000 + RM 30,000 = RM 65,000.

PENYESALAN

7 bulan yang lalu, Rahmat telah didatangi oleh seorang agen Prudential BSN Takaful yang juga merupakan sahabatnya. Sahabatnya menawarkan pelan perlindungan RM 150.00 sebulan yang mengandungi manfaat-sebahagian manfaat seperti berikut :
1. Kad Perubatan 150 (Medical Card 150) =
a. had seumur hidup = RM625,000
b. Had setahun = RM 62,500
2. Elaun Cuti Sakit Akibat Kemalangan = RM100/minggu
3. Manfaat Kemasukan Hospital
a. Elaun Tahan Wad Biasa = RM100/hari (6 jam kemasukan di kira sehari)
b. Elaun Tahan Wad ICU / Unit Rawatan Rapi = RM200/hari
c. Elaun Prosedur Pembedahan = RM5000


Berapa banyakkah manfaat yang Rahmat akan perolehi sekiranya beliau memasuki kontrak Prudential BSN Takaful?

Sekirannya Rahmat mengambil keputusan untuk memasuki kontrak Prudential BSN Takaful pada 7 bulan yang lepas, Rahmat tidak perlu membayar semua Kos Perubatannya sehingga RM 62,500 setahun dengan menggunakan kemudahan Kad Perubatan 150 (Medical Card 150). Ini bermakna rahmat hanya perlu mengeluarkan belanja sendiri sebanyak RM 2500 sahaja. (huh… kalau macam tu kira rugi jugak la sebab kena bayar baki RM 2500…..) Nanti dulu!!! Not so Fast!...

Rahmat juga akan mendapat 3 manfaat Kemasukan Hospital dan 1 Manfaat akibat kemalangan yang akan dibayar melalui cek. Pecahan manfaat yang akan dimiliki oleh Rahmat adalah seperti di bawah berikut :
I. Elaun Tahan Wad Biasa = RM 100 x 40 Hari = RM 4000.00
II. Elaun Tahan Wad ICU = RM 200 x 21 hari = RM 4200.00
III. Elaun Prosedur Pembedahan = RM 5000.00
IV. Elaun Cuti Sakit Akibat Kemalangan = RM 3300.00
a. Lumpuh Sepenuhnya Sementara = RM 200 x 8 minggu = RM 1600.00
b. Lumpuh separuh Sementara = RM 100 x 17 minggu = RM 1700.00

Anda nilai lah sendiri… adakah Rahmat rugi atau berada dalam keadaan selesa sekiranya beliau memasuki kontrak takaful pada 7 bulan yang lalu. Ya!!! Rahmat akan mendapat cek berjumlah RM 16500.00 bagi Manfaat Kemasukan Hospital dan Manfaat Akibat Kemalangan. Sebenarnya itu pun masih tidak mencukupi kerana beliau telah kehilangan punca pendapatannya selama beliau tidak boleh bekerja. Itu pun bernasib baik kerana isteri bekerja.

Rahmat berasa menyesal kerana tidak memasuki kontrak takaful yang telah diperkenalkan oleh sahabatnya. Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Rahmat bukan sahaja terpaksa menanggung derita akibat kemalangan tersebut, malah beliau juga turut kehilangan wang simpanan yang begitu banyak bagi menampung kos rawatannya. Lebih malang lagi, beliau terpaksa mengeluarkan sebahagian simpanan KWSP yang seharusnya disimpan untuk kegunaan pada waktu bersara nanti.

Boleh dikatakan Rahmat juga bernasib baik kerana majikannya tidak menamatkan perkhidmatannya melainkan tidak diberi gaji sepanjang tempoh pemulihan. Kini, rahmat telah boleh bekerja semula dan memulakan kehidupannya seperti biasa.

Pengalaman ngeri yang pernah dilalui oleh Rahmat sesungguhnya amat merunsingkan beliau apatah lagi jika memikirkan nasib anak-anak dan isteri jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas mereka. Isteri & anak-anak beliau juga telah mengalami trauma yang sama lebih-lebih isteri Rahmat yang terpaksa bertungkus lumus memikul tanggunjawab sementera sebagai ketua keluarga.

Sungguhpun begitu, perasaan runsing dan bimbang itu telah hampir dapat dihilangkan kerana kini beliau telah mengambil keputusan untuk memasuki kontrak takaful bukan sahaja untuk dirinya, bahkan juga untuk isteri serta anak-anak sekali.

1 Responses to MENGAPA ANDA PERLU MENYERTAI SKIM PENGURUSAN RISIKO TAKAFUL

  1. ZAMSAHAM Says:
  2. bagus maklumat dalam blog nie...insurans saya jangan lupa kira baper premium nak bayar semi-annually.

    Mudahan blog ini berkembang.

    Jan 2010
    zamsaham

     

Post a Comment

Alangkah pilunya...

Prumy Child

Dapatkan Analisa Takaful PERCUMA!!

Nama Penuh:
Tarikh Lahir :
Adakah anda seorang perokok? YA
TIDAK
Pekerjaan & Jawatan:
Jantina : Lelaki
Perempuan
Alamat Email:
Nombor Telefon :
Lain-lain Maklumat / Pertanyaan :

This form powered by prudentpartner

Mengenai Prudent Partner

Singgahlah Selalu

Sembang-Sembang Prudent Partner

FEEDJIT Live Traffic Feed

Followers

Blogger Malaysia

BlogMalaysia.com