TAMPIN 14 April - Seorang bapa tidak menyangka keadaan bayi lelakinya berusia sembilan bulan yang ceria pada pagi ini sebenarnya merupakan detik perpisahan dia dengan anaknya itu.
Kali terakhir Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, menyaksikan keceriaan anaknya, Wan Nur Alif, adalah semasa menghantarnya ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Jalan Cantik dekat sini pada pukul 7.30 pagi ini.
Namun tiga jam selepas itu, bayinya, Wan Nur Alif disahkan meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan.
"Saya rasa baru saja tinggalkan dia (Wan Nur Alif). Tak sangka pula, pukul 10.30 pagi dia dah meninggal dunia. Kejadian berlaku ketika dia sedang makan bersama kanak-kanak lain antara pukul 9 dan 10.30 pagi.
"Tiba-tiba dia terjatuh dan tubuhnya bertukar menjadi lebam," katanya ketika dihubungi sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu, bersama jenazah Wan Nur Alif untuk dikebumikan.
Wan Arif Fadhla yang merupakan kakitangan di Jabatan Penerangan Daerah Rembau berkata, pihak pengasuh membawa anaknya itu ke Hospital Tampin yang jaraknya hanya 50 meter dari tempat kejadian.
Tambahnya, anaknya kemudian disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Jelasnya, dia telah dihubungi oleh isterinya, Nur Azita Ibrahim, 31, pada pukul 11.15 pagi tadi yang ketika itu sedang mengajar di sebuah sekolah di bandar ini.
"Dia memaklumkan anak saya berada di Hospital Tampin dan seluruh badannya sudah bertukar kebiru-biruan.
"Bila saya tiba di hospital, mereka memberitahu anak saya itu telah meninggal dunia kerana tidak boleh bernafas akibat tercekik bebola ikan," katanya.
Wan Arif Fadhla kesal dengan kecuaian pihak pengasuh yang menyediakan sarapan bercampur bebola ikan kepada bayi yang tidak mampu untuk mengunyah.
Berikutan itu Wan Arif Fadhla telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Saya membawa jenazah anak ke kampung isteri untuk dikebumikan lewat petang ini," katanya dalam nada sedih.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Hooi Cheng mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
"Kita telah menerima laporan yang dibuat oleh ibu dan bapa bayi malang itu dan pihak polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
"Kita telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha taska terbabit untuk memberi keterangan," ujarnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan pelan perlindungan Takafulink Prudential BSN untuk anak anda sekarang. Analisa keperluan dan khidmat runding adalah PERCUMA. Hanya perlu isikan borang di bawah dan anda akan dihubungi dalam masa 2 hari waktu bekerja. Hubungi saya di 017-7041999 (Muhammad Adli Abdul Aziz) atau email :prudentpartner@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Ingin mengetahui tentang pelan perlindungan dan pendidikan untuk anak anda? klik sini untuk maklumat lanjut: Takafulink Cerdik
0 comments